Webinar x Kesejahteraan Kendiri – Kemurungan Di Kalangan Pelajar : Kenal, Cegah dan Rawat
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webinar Kesejahteraan Kendiri – Kemurungan Di Kalangan Pelajar : Kenak, Cegah dan Rawat yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kemurungan dalam kalangan pelajar.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr Nur Adilah binti Sulaiman yang merupakan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental di Hospital Bintulu. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai tanda-tanda awal kemurungan dalam kalangan pelajar, langkah pencegahan yang boleh dilakukan di rumah dan sekolah serta kaedah rawatan dan sokongan terbaik untuk mereka yang memerlukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: